Prinsip Rukun Negara
1. Kepercayaan kepada Tuhan
• Pegangan agama yang kukuh akan menjadikan Malaysia satu bangsa yang berdaulat.
• Individu yang percaya kepada Tuhan tidak akan melakukan perkara yang tidak baik, melanggar undang-undang dan menjejaskan kedaulatan negara.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Pemerintahan negara bercorak Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
• Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahannegara manakala Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat.
• Sistem raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang mengekalkan sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Perdana Menteri.
• Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara harus ditaati dan dihormati oleh rakyat.
3. Keluhuran Perlembagaan
• Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara.
• Perlembagaan adalah sumber undang-undang negara tertinggi yang luhur dan suci.
• Perlembagaan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
- Peraturan atau prinsip asas bagi membentuk sesebuah kerajaan negara.
- Dokumen rasmi yang mengandungi undang-undang utama.
- Sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.
- Panduan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya
• Fungsi Perlembagaan adalah untuk memberi perlindungan kepada rakyat dalam negara akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
• Rakyat harus mematuhi, menerima dan mempertahankan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan negara.
4. Kedaulatan Undang-undang
• Undang-undang dapat menjamin keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kedaulatan negara. Adanya undang-undang, sistem pemerintahan dapat berjalan dengan licin dan teratur.
• Undang-undang negara berasaskan Perlembagaan Malaysia.
• Perlaksanaan undang-undang penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara serta menjamin hak-hak rakyat dalam negara.
• Tanpa undang-undang, kehidupan dalam masyarakat dan negara akan kucar-kacir, tidak aman dan tidak selamat
5. Kesopanan dan Kesusilaan
• Prinsip ini memberi penekanan kepada pembentukan pers!nality, tingkah laku dan perlakuan seseorang warganegara yang bersopan, bersusila dan berbudi pekerti mulia.
bagus cikgu hani
ReplyDelete